BANTUAN SKAS 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

BANTUAN SKAS 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

Berita terkini! Sarawak telah mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800.

Dalam pembentangan belanjawan Sarawak 2025, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan satu inisiatif bantuan kewangan baharu iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan bagi golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup.

Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai bantuan SKAS 2025, untuk rujukan anda semua.

Apakah bantuan SKAS 2025? Ikuti info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN SKAS

PERMOHONAN AND SEMAKAN

 

Sumbangan Keperluan Asas atau SKAS merupakan satu inisiatif bantuan terbaru kerajaan Sarawak yang telah diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.

STR

Peruntukan RM450 juta ini akan memanfaatkan kira-kira seramai 850,000 penerima, pada tahun 2025. Kebanyakan penerima yang akan dapat manfaat bantuan ini juga akan menerima bantuan STR.

Hal ini telah dibentangkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg, semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS

Penerima yang layak adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak.

Berikut adalah kelayakan bantuan SKAS:

  1. Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan kebawah.
  2. Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
  3. Bujang berpendapatan RM2,500 dan kebawah.
  4. Bantuan ini akan membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

JUMLAH BAYARAN SKAS

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMA KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM250

TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS

Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

STR

CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN BANTUAN

Permohonan dan semakan bantuan belum dimakulumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *