BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

 

terkini

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita gembira kepada 8 juta rakyat Malaysia yang merupakan penerima STR yang bukan dari kumpulan miskin dan miskin tegar bahawa bayaran bantuan tunai tambahan SARA akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bilakah bayaran sara one off rm300 dan semakan status? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BAYARAN SARA ONE OFF RM300 2024

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), daripada 8 juta penerima yang layak, hanya 3.5 juta penerima sahaja yang akan menerima bantuan SARA secara one-off yang berjumlah RM300 bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan secara berperingkat.

TARIKH BAYARAN JUMLAH BANTUAN BILANGAN PENERIMA
Bermula 9 Disember 2024 (Isnin) RM300 3.5 Juta

CARA BAYARAN SARA ONE OFF

Seramai 3.5 juta penerima akan menerima bayaran SARA secara one-off bernilai RM300 melalui cara berikut :

  • Penerima Tiada Akaun Bank :
NEGERI PENERIMA CARA BAYARAN
Semenanjung Malaysia Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Sabah dan Sarawak Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
*Penerima boleh mula mengambil wang tunai pada 9 Disember 2024 (Isnin).
  • Penerima Ada Akaun Bank :
NEGERI PENERIMA CARA BAYARAN
Semenanjung Malaysia Dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan
Sabah dan Sarawak Dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan
*Dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima.

KELAYAKAN PENERIMA SARA ONE OFF RM300 2024

Antara kriteria kelayakan penerima SARA secara one-off yang bernilai RM300 adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima STR 2024 kategori isi rumah;
  • Isi Rumah pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
  • Tiada dalam rekod Bank Data Kemiskinan Nasional e-Kasih.

SEMAK STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Untuk mengetahui status bayaran SARA secara one-off, ikuti cara semakan pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan status rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 780230115678.
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
  6. Sekiranya ‘Frasa Keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan seperti yang didaftarkan dengan betul.
  8. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  9. Bahagian makluman diri pemohon akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Layarkan ke bahagian bawah.
  12. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *