MYKASIH SARA SEMAKAN 2024 : BANTUAN ONE OFF RM300/RM150 ONLINE
Untuk makluman anda, Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar, mulai tahun 2024.
Hal ini bermaksud, bantuan SARA one off atau sebelum ini yang dikenali sebagai MyKasih, telah ditambah baik dimana KESEMUA penerima STR akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Oleh itu, penerima STR 2024 boleh mula membuat semakan bantuan ini. Semakan yang berstatus LULUS Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mendapat RM300 bagi Isi Rumah & RM150 bagi Kategori Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.
Bagaimanakah semakan bantuan Mykasih SARA one off 2024 online? Ikuti maklumat lanjut di sini.
APA ITU MYKASIH SARA ONE OFF
SARA One Off adalah bantuan tambahan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada penerima STR 2024. Bantuan one off ini berbeza daripada Sumbangan Asas Rahmah MyKasih sebelum ini kerana SARA MyKasih bayarannya dilakukan di dalam MyKad penerima dan hanya untuk miskin tegar di dalam data eKasih. Manakala, bantuan one off pula merupakan bantuan tambahan STR FASA 4 2024 daripada kerajaan Madani dan bantuan ini akan disalurkan secara tunai seperti pembayaran bantuan STR.
Jadi, Sumbangan Asas Rahmah ONE OFF 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Kelayakan SARA one off ini adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR FASA 4 2024.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2024
Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
TARIKH BAYARAN DAN SEMAKAN SARA 2024
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Semakan juga boleh dilakukan bermula tarikh tersebut.
Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH BAYARAN
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR |
KADAR BANTUAN SARA ONE OFF |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
SEMAKAN MYKASIH SARA 2024
Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN MYKASIH SARA ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini.
RUJUKAN
Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.