PERMOHONAN BANTUAN STR ONLINE (2025)

PERMOHONAN BANTUAN  STR ONLINE (2025)

Untuk makluman anda, permohonan bantuan  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ini telahpun dibuka mulai Oktober lepas, dan permohonan akan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, bagi kelayakan bayaran bagi Fasa 1 2025, tarikh akhir permohonan adalah 30 November 2024.

Kepada yang belum pernah melakukan permohonan bantuan tunai STR, boleh mula melakukan permohan secara dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bantuan kerajaan ini.

STR

Berikut disertakan maklumat lengkap permohonan bantuan STR online 2025 untuk rujukan anda semua.

Bagaimanakah permohonan bantuan str online 2025? Ikuti info lanjut disini.

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

PERMOHONAN ONLINE

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bantuan kerajaan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (B40 dan M40), serta golongan yang memerlukan dimana ianya juga merupakan lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

STR

Matlamat program bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi tahun 2025, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Sekitar sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara akan terus mendapat manfaat daripada peningkatan ini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH BUKA PERMOHONAN BANTUAN STR

Untuk makluman, permohonan STR 2025 telah dibuka pada 19 Oktober 2024 dan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025 adalah sehingga 30 November 2024.

PERMOHONAN BANTUAN STR 2025

Kaedah permohonan bantuan STR 2025 seperti berikut:

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
    • Pemohon boleh mengemukakan permohonan di portal Rasmi STR, di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Permohonan Melalui Borang Kertas
    • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di:
    • Portal Rasmi STR ; atau
    • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
      Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
      Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.

Borang STR 2025 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BANTUAN STR ONLINE

Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMA KADAR BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

PEMBAYARAN BANTUAN STR

Kaedah pembayaran STR bagi penerima bantuan adalah seperti berikut:

  1. Mengunjungi Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh diambil di cawangan BSN.
  2. Pengkreditan ke Akaun Bank: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *