SEMAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH (2024 ONLINE)
Musim tengkujuh dijangka akan tiba tidak lama lagi. Untuk makluman anda, setiap tahun RISDA akan menyediakan bantuan kewangan BMT iaitu Bantuan Musim Tengkujuh.
Bantuan ini akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dengan harapan dapat meringankan beban kewangan pekebun kecil yang terkesan akibat musim tengkujuh.
Berikut dikongskikan maklumat mengenai Bantuan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT 2024) untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah Semakan Bantuan Pekebun Kecil Getah 2024 Online? Ikuti maklumat lanjut di sini.
APA ITU BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH
Bantuan kewangan BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh merupakan satu inisiatif bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA bagi memelihara kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah diseluruh Negara.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Sumbangan bantuan ini akan disalurkan setiap tahun kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah. Tidak tekecuali juga untuk tahun 2024, dimana setiap individu yang layak akan mendapat bantuan dengan jumlah bayaran RM 800.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Status syarat kelayakan bantuan BMT RISDA 2024 adalah seperti berikut:
Kategori Pekebun Kecil:
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Kategori Penoreh:
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
PERMOHONAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH
Kaedah permohonan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh getah boleh dilakukan melalui dua cara iaitu:
- Permohonan secara atas talian online melalui portal Pekebun Kecil RISDA, https://pekebunkecil.risda.gov.my/
- Permohonan secara manual, dengan menghadiri Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan.
Catatan: Untuk permohohan secara manual, pemohon perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan yang diperlukan ketika membuat permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN
Dokumen yang perlu disediakan semasa membuat permohonan bantuan seperti berikut:
- Borang Permohonan.
- Pengesahan Pemilik Tanah.
- Kad PAT-G yang sah.
- Dokumen pengenalan diri.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN PEKEBUN KECIL GETAH
Bantuan Musim Tengkujuh 2024 kepada pekebun kecil dan penoreh getah, akan dibayar dengan jumlah RM 800 kepada setiap individu yang layak, dan berstatus lulus.
Kaedah pembayaran bantuan ini, pembayaran akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula November 2024 sehingga Februari 2025 mengikut tarikh kelulusan permohonan yang telah dibuat.
Seperti tahun-tahun lalu, jika bayaran November tidak sempat dibayar pada bulan semasa, bayaran akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga selesai.
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2024 telah ditutup pada 31 Oktober 2024. Permohonan yang berjaya dihantar dengan lengkap sebelum atau pada tarikh tersebut sahaja layak diproses, dan akan dapat bayaran bantuan ini.
SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN
Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan melalui portal rasmi Pekebun Kecil RISDA, https://pekebunkecil.risda.gov.my/
MAKSUD STATUS KELULUSAN PERMOHONAN
Berikut adalah maksud yang dipaparkan dalam sistem bagi status kelulusan bantuan:
- Status Layak:
- Tertakluk kepada tarikh kelulusan, mereka yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat.
- Status Dalam Proses:
- Semakan lanjut boleh dilakukan di pejabat pelulus masing-masing (Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian).
- Status Tiada Maklumat:
- Pemohon gagal membuat permohonan secara atas talian dengan lengkap sebelum 31 Oktober 2024. Permohonan yang berjaya dihantar dengan lengkap sebelum atau pada tarikh 31 Oktober 2024 sahaja layak diproses.
MAKLUMAT LANJUT
Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Talian Bantuan Pihak Berkuasa: 03-425 64 022
Helpdesk: https://helpdesk.risda.gov.my