SEMAKAN BANTUAN SARA ONLINE (ONE OFF RM300, RM150 2024)

SEMAKAN BANTUAN SARA ONLINE (ONE OFF RM300, RM150 2024)

INFO TERKINI 2024! Merujuk kepada Siaran Media Kerajaan Madani, pihak kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan secara tunai pada akhir tahun ini. Ianya dikenali sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Anda boleh semak status kelayakan secara online untuk lihat status kelulusan.

STR

Bagaimanakah semakan bantuan sara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

SARA ONE OFF

Kepada penerima yang berstatus lulus, semakan pembayaran Bantuan Sara One Off akan disalurkan bermula pada 9 Disember 2024. Kaedah bayaran adalah secara tunai dimana akan dikredit masuk ke akaun penerima dan yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Anda boleh rujuk syarat atau kriteria kelayakan kelulusan SARA one off 2024 seperti berikut:

  • Merupakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Isi rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang.

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Penerima yang berkelayakan akan terima jumlah bayaran seperti berikut:

SEMAKAN BANTUAN SARA ONLINE

Untuk makluman pengguna, berdasarkan kenyataan daripada Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, bantuan SARA ONE OFF ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Untuk semakan status kelulusan atau semak kelayakan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Buka pautan rasmi Bantuan SARA One Off di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama MySTR.
  3. Kemudian, lihat paparan MySTR log masuk.
  4. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Klik butang [Log Masuk].
  11. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  13. Selesai.

CARA MEMOHON BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Bagi permohonan untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini sebenarnya tidak perlu memohon. Ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini jika status semakan anda adalah lulus.

STR

RUJUKAN

Berdasarkan perkara di atas, sebarang pertanyaan atau persoalan mengenai perkara ini boleh ajukan kepada pihak yang berwajib. Perkongsian ini sekadar memudahkan carian pengguna. Pihak kami hanya berkongsi informasi ini untuk memudahkan pengguna dan maklumat yang diambil dari sumber yang sahih dan benar.

Sebarang soalan ataupun pertanyaan anda boleh terus berjumpa pihak yang berkuasa di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan. Ataupun boleh juga hubungi di talian bantuan SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *