SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA (2025 ONLINE)

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA (2025 ONLINE)

Terkini! Pembayaran bantuan tambahan SARA akan diagihkan tidak lama lagi. Kementerian Kewangan telah mengumumkan SARA mulai tahun ini telah dibaik pulih dimana semua penerima STR akan turut menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off berbanding sebelum ini dimana hanya kategori miskin tegar yang layak menerima.

Anda boleh mula membuat semakan status bantuan SARA mulai hari ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Bagaimanakah semakan status bantuan SARA 2025 online? Ikuti maklumat lanjut di sini.

APA ITU BANTUAN SARA

SARA ONE OFF

 

 

Mulai tahun ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditambah baik oleh Kerajaan Madani, dan dikenali sebagai SARA One off, yang bermaksud sekali bayaran. Bantuan SARA kali ini membolehkan SEMUA penerima Bantuan STR FASA 4 2024 akan turut menerima bantuan ini.

STR

Pelaksanaan bantuan kali ini adalah secara TUNAI, dan pengagihan bayaran adalah sama seperti pengagihan bayaran STR iaitu secara pengkreditan ke akaun bank atau secara penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR FASA 4 2024.

Ianya berbeza daripada SARA biasa sebelum ini, dimana bayaran sebelum ini dilakukan di dalam MyKad penerima, dan hanya untuk miskin tegar yang di dalam data ekasih. Hal ini kerana, ianya bantuan tambahan STR FASA 4 2024 daripada kerajaan Madani.

STR

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA

Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bantuan SARA ONE OFF ini.

SYARAT KELAYAKAN DAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang Sumbangan Asas Rahmah:

  • Warganegara Malaysia.
  • 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
  • Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONLINE

Mengikut kepada siaran media Kementerian Kewangan, bantuan ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelayakan dan bayaran boleh di lakukan seperti:

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus’.
  11. Selesai.

TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Semakan status bantuan SARA bboleh mula dilakukan mulai 9 Disember 2024 (Isnin).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan ini, penyaluran bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), secara berperingkat.

Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima, manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA

Berikut merupakan jadual kadar bayaran SARA one off kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN
SARA ONE OFF (RM)
Isi Rumah RM 300
Warga Emas Tiada Pasangan RM 150
Bujang RM 150

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini. Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *