SKAS 2025 : PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK & SEMAKAN STATUS ONLINE
Berita baik untuk warga Sarawak! Pada tahun 2025, kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada penduduk Sarawak yang memerlukan.
Dalam pembentangan belanjawan Sarawak 2025, Premier Sarawak iaitu Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan inisiatif bantuan kewangan baru ini. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan bagi golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup.
Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan semakan status bantuan SKAS secara online, untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah permohonan dan semakan SKAS 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas atau SKAS merupakan satu inisiatif bantuan terbaru kerajaan Sarawak yang telah dibentangkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, dalam Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.
Peruntukan RM450 juta ini akan memanfaatkan kira-kira seramai 850,000 penerima, pada tahun 2025. Kebanyakan penerima yang akan dapat manfaat daripada bantuan ini juga akan menerima bantuan STR. Bantuan ini akan menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 mengikut kategori penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2025
Penerima yang layak adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
Berikut adalah kelayakan bantuan SKAS:
- Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
- Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250
- Bantuan ini akan membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.
JUMLAH BAYARAN SKAS 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah |
RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah |
RM400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah |
RM250 |
TARIKH BAYARAN
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN SKAS
Permohonan dan semakan bantuan belum dimakulumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut: