STR 2025 : PERMOHONAN, KEMASKINI, JUMLAH & BANTUAN ONLINE
Terkini! Permohanan bantuan STR 2025 sudah dibuka pada 19 Oktober 2024, dan SEPANJANG TAHUN. Pemohon STR sebelum ini yang belum mengemaskini maklumat atau mempunyai sebarang pertukaran maklumat terkini boleh mula membuat pengemaskinian dengan segera. Manakala, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 2025 adalah sehingga 30 November 2024.
Bayaran akan diagihkan hanya kepada penerima yang layak dan berstatus lulus. Pemohon juga hendaklah mengemaskini maklumat permohonan untuk mengelak daripada permohonan berstatus tidak lulus.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai STR 2025 tahun hadapan untuk rujukan anda.
Bagaimanakah str 2025? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Program ini merupakan bantuan khas oleh kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu B40 dan M40 di Malaysia secara TUNAI. Matlamat program bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai berperingkat sepanjang tahun.
Dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion, dimana peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Kerajaan juga mengambil pendekatan untuk membuka pendaftaran STR 2025 SEPANJANG TAHUN bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
KEMASKINI STR 2025
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama MySTR.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) di ruangan No. Kad Pengenalan.
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Halaman akan paparkan:
- Kemas Kini Permohonan.
- Cetakan Permohonan.
- Semakan Permohonan.
- Tukar Kata Laluan.
- Maklum Balas.
- Untuk Kemas Kini, sila tekan pilihan [Kemas Kini Permohonan] sebelah kiri paparan skrin anda.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti bilangan anak, status perkahwinan, jumlah pendapatan dan lain-lain, sila update di bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika tiada perubahan, anda boleh semak semua butiran atau maklumat yang diisi adalah lengkap dan benar untuk memastikan status permohonan anda tidak tercicir.
- Setelah selesai Kemaskini dan Semakan, anda boleh klik [Teruskan].
- Pengguna akan dibawa ke bahagian Pengesahan.
- Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan klik “SAHKAN CAPTCHA”.
- Seterusnya, tandakan pengakuan untuk paparan bahagian Hantar.
- Kemudian, jika sudah semak semua maklumat dengan teliti untuk kemaskini perubahan atau semakan maklumat pemohon, tekan butang [Hantar].
- Kemaskini anda telah berjaya!
- Selesai.
TARIKH PERMOHONAN STR 2025
Untuk makluman, permohonan kini telah dibuka pada 19 Oktober 2024, dan dibuka SEPANJANG TAHUN. Namun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 STR 2025adalah sehingga 30 November 2024.
TARIKH KEMASKINI STR 2025
Kemaskini bantuan STR 2025 boleh mula dilakukan mulai 19 Oktober 2024, dan SEPANJANG TAHUN 2025.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah |
Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 |
Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah |
RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah |
RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]